8- Wiring Rumah – Fungsi Konduit PVC atau GI

Adakah anda terdetik kenapa perlu pendawaian elektrik dibuat menggunakan konduit PVC atau GI?

Wayar atau kabel yang diguna untuk menyambungkan punca kuasa elektrik ke lampu atau soket perlu dikawal daripada cedera yang boleh mengakibatkan kebocoran arus.

Wayar yang terkoyak akan mendedahkan pengalir dengan keadaan sekeliling seperti pengalir daripada wayar yang lain mencetuskan litar pintas atau jika bersentuhan dengan anggota badan lalu mengakibatkan maut kesan daripada renjatan elektrik .

Jika anda seorang pendawai bertauliah, anda akan pasti memasang beberapa helai wayar sahaja di dalam konduit PVC atau GI mengikut peraturan am IEE Edisi ke 18 atau lain-lain standard yang dijadikan rujukkan. Tujuannya supaya pemasangan kabel di dalam konduit tidak bergesar antara satu sama lain yang boleh mencederakan penebat. Lalu, ia dilakukan dengan tertib bagi memastikan keselamatan pengguna.

Juga, konduit PVC atau GI digunakan bagi menghalang kecederaan ke atas wayar atau kabel kesan hentakkan mekanikal secara terus.

Antara peraturan yang pendawai elektrik perlu faham dan guna di dalam kerja-kerja mereka seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.