19- Wiring Alarm & CCTV, Tmn Tun Razak Ampang (14.8.2019 – 18.8.2019)

Wiring alarm dan cctv di sini adalah repeat order daripada Icon Future Home.

Pendawaian konduit terbenam atau concealed conduit wiring menggunakan PVC conduit secara menegak di kawasan antara sebelah atas siling hingga ke frame tingkap. Di situ akan dipasangkan vibration sensor .

Pendawian di atas siling memang tidak dapat tidak terpaksa menggunakan pendawaian permukaan. Ianya tersembunyi sebab duduk di atas siling.

Semua kabel terus disambung ke key pad mengikut kedudukan yg sudah dipersetujui sebelumnya dgn owner rumah. Plan layout rumah secara ringkas menunjukkan kedudukan poin-poin sensor, key pad, cctv camera, dvr dll. yang telah dipersetujui oleh pelanggan.

Layout plan di bawah adalah contoh cara kerja yang baik supaya tiada kerja dua kali akibat pertembungan salah faham akibat tiada nota dibuat semasa perbincangan dengan pelanggan.

Kesilapan pendawaian dapat dikurangkan sekiranya koordinasi di tapak memenuhi kehendak anda in shaa Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.