17- Wiring Pejabat – 3 Langkah Mudah Utk Job di Chow Kit Ini Untuk Panduan Anda. (17.8.2019 – 24.8.2019)

Langkah 1 – Anda layari www.wiringrumah.com utk panduan sebutharga 2019 tersedia untuk digunakan.

Langkah 2 – Anda darabkan poin lampu dan poin soket kuasa dengan kadar harga yg kami tawarkan.

Langkah 3 – Hubungi kami utk proses rundingan dan penetapan tarikh pemasangan.

Pendawaian poin lampu dan poin kuasa menggunakan kondit PVC dan dipasangkan di cable tray sedia ada.

Kerja wiring menjadi mudah kerana siling dan partition belum di pasang.

DB sediada diguna untuk tambahan poin lampu dan poin soket kuasa.

Peringkat pertama wiring di pejabat ini ialah menarik wire drp lokasi berdekatan lampu yang akan dipasang di siling dan poin kuasa di dinding ke DB.

Peringkat ke dua nanti ialah pendawaian ke poin lampu yg sebenar dan ke poin kuasa yg sebenar. Pada masa itu pemasangan siling dan partition sudah bermula.

15 – Wiring Rumah – Door Bell, Apa Pilihan Anda?

Pendawaian elektrik di rumah anda tidak lengkap tanpa pendawaian loceng pintu. APakah pilihan anda, samada memilih yg wireless atau yg wired?

Anda boleh memasang wireless door bell dengan mudah. Semudah 1, 2, 3.

Tapi anda memerlukan pendawai elektrik untuk memasang door chime ni sekiranya anda tak pandai atau malas.

Hasil carian imej untuk door bell

Daripada pengalaman WiriRum, Wired Door Bell masih terbaik. Tentulah disebabkan ianya tahan lama dan tak risau nak ganti bateri. Always connected to TNB supply.

14- Wiring Rumah – Soket Kuasa Siap Dgn Soket USB

Jika anda ke hotel yg baru dibuka, tak kira berapa star anda akan jumpa soket kuasa siap dengan USB poin. Ini adalah tindakan yg patut dipuji kepada pengurusan hotel kerana membuat pendawaian elektrik sebegitu rupa.

Mengapa begitu ya? Ianya menyebabkan anda atau pelanggan yg lain tidak perlu risau jika tertingal charger handphone. Kan?

Anda juga boleh bertindak demikian. Dengan menukar soket kuasa yg sediaada dgn soket yg baru. Tanpa pendawaian elektrik yg baru, cuma tukarkan soket je.

12- Wiring Rumah – Tip Harga Pendawaian Poin Penghawa Dingin

Imej yang berkaitan

Anda memang bijak dalam tawar menawar untuk muktamadkan harga wiring di rumah anda.

Wireman yang anda lantik selalunya meletak harga poin aircon untuk saiz yang paling rendah dan jaraknya tidak jauh daripada DB. Jadi selalulah bersikap terbuka untuk memberi maklumat saiz aircon yang akan anda pasang.

Harga poin aircon yang anda terima hanya untuk penghawa dingin maksima 1hp sahaja. Jika perlukan bantuan untuk tentukan saiz aircon di rumah anda in shaa Allah wireman boleh membantu.

11- Wirirng Rumah – Tip Minta Turunkan Harga Poin Lampu

Boleh ke turunkan harga satu poin lampu misalnya rendah sikit daripada RM100?

Sekiranya kehendak anda poin lampu tu sedikit dan jaraknya dia antara satu sama lain sangat jauh, sudah tentu wireman akan tetap dengan harga begitu. Malahan mungkin wireman akan minta tambahan kos kerana merakan hendak cover kos bahan dan buruh.

Jika jumlah poin lampu sangat banyak dan dekat antara satu sama lain, cublah bincang dengan wireman untuk minta diskaun.

In shaa Allah ada jalannya.

10- Wiring Rumah – Kadar Harga Pendawaian Rumah 2019

Kos memainkan peranan penting bukan sahaja kepada kontraktor pendawaian elektrik tetapi juga kepada pengguna bijak seperti anda.

Semua orang akan melihat terlebih dahulu kepada harga yang ditawarkan sebelum bertindak samada nak ke tak nak untuk teruskan urusan pemasangan wiring di rumah anda.

Harga di atas bukan lagi rahsia. Sebelum anda tanya, kami sediakan jawapannya terlebih dahulu. Harapan kami supaya anda tidak tertunggu-tunggu untuk mendapat maklum balas yang anda perlukan.

9- Wiring Rumah – IOT (Internet Of Things)

Apa boleh boleh dibuat utk perbaiki prestasi suis lampu di rumah anda?

Banyak produk di luar sana yang canggih2. Bagi yang mampu, Alhamdulillah boleh labur wang ke arah situ.

Bagi anda yg memang sangat jaga bajet tapi nakkan sesuatu penambahbaikkan wiring suis lampu, contohnya utk on-off lampu di bilik tamu menggunakn handphone.

Peranti Wifi banyak dijual di kedai online. Harganya pun masuk akal.

Anda pernah dengar IOT Tak?

Internet of things.. Lebih kurang maksudnya, sambungkan semua peralatan elektrik di rumah ke internet. TV, Hi Fi Setereo, Aircon, Lampu, Soket dsb..

Anda perlu kena ada wifi di rumah. Beli peranti di kedai online seperti lazada, 11th street dsb. Kemudian sambungkan peranti2 terseut mengikut arahan pengilang.

Set.. anda dah boleh suis lampu daripada Jakarta pun.. in shaa Allah.

8- Wiring Rumah – Fungsi Konduit PVC atau GI

Adakah anda terdetik kenapa perlu pendawaian elektrik dibuat menggunakan konduit PVC atau GI?

Wayar atau kabel yang diguna untuk menyambungkan punca kuasa elektrik ke lampu atau soket perlu dikawal daripada cedera yang boleh mengakibatkan kebocoran arus.

Wayar yang terkoyak akan mendedahkan pengalir dengan keadaan sekeliling seperti pengalir daripada wayar yang lain mencetuskan litar pintas atau jika bersentuhan dengan anggota badan lalu mengakibatkan maut kesan daripada renjatan elektrik .

Jika anda seorang pendawai bertauliah, anda akan pasti memasang beberapa helai wayar sahaja di dalam konduit PVC atau GI mengikut peraturan am IEE Edisi ke 18 atau lain-lain standard yang dijadikan rujukkan. Tujuannya supaya pemasangan kabel di dalam konduit tidak bergesar antara satu sama lain yang boleh mencederakan penebat. Lalu, ia dilakukan dengan tertib bagi memastikan keselamatan pengguna.

Juga, konduit PVC atau GI digunakan bagi menghalang kecederaan ke atas wayar atau kabel kesan hentakkan mekanikal secara terus.

Antara peraturan yang pendawai elektrik perlu faham dan guna di dalam kerja-kerja mereka seperti berikut.