Wiring Rumah - WiriRum

Professional, Boleh Dipercayai & Fleksibel

Lakukan 3 Langkah Mudah Berikut.

  1.  Kira berapa jumlah poin lampu atau poin soket dan kipas yang anda perlukan.

  2. Darabkan dengan kadar harga kami yang sangat berbaloi.

  3. Hubungi kami untuk tentukan harga muktamad dan tarikh pemasangan.

apa pilihan anda ?

  • DIY - Buat Sendiri? (Coming Soon ... EBook - 5 Langkah Mudah Wiring Rumah Anda)
  • Minta Kawan Buatkan?
  • Panggil Kontraktor Melalui Kenalan?.
  • Iklankan di FB, Instagram, WhatApps?
  • Beli Barang Sendiri, Minta Wireman Buatkan?
  • Pilihan Terbaik Ialah Biar Kami Buat Wiring Rumah Anda. In Shaa Allah Berkualiti. Amin.

Berkenalan Dengan Kami

Ir Hj Tumiran Hj Saru

Founder – Berpengalaman 25 Tahun di dalam bidang ini. Antara projek terlibat ialah Istana Negara, Masjid Besi, Bangunan Perbadanan Putrajaya, Bangunan Pejabat Kerajaan Parcel F, Dsb

Muzafar Mohamad, PW2

Co Founder – Berpengalaman 15 Tahun di dalam bidang ini. Antara projek terlibat ialah Istana Negara, Pelbagai Rumah Milik Persendirian Sekitar Lembah Kelang, Dsb

Wiring Elektrik Rumah Kediaman Sekitar Lembah Klang
|Sg Buloh | Damansara | Petaling Jaya | Subang Jaya | Shah Alam | Puchong | Sg Besi | Serdang | Kajang | Bangi | Dengkil | Bukit Mahkota | Seri Putra | Ampang | Kuala Lumpur|

Perkhidmatan Hebat Drp Kami

Pendawaian lampu, Soket & Kipas

REKABENTUK DAN SUSUN ATUR
Tak semua orang ada idea macamana nak susun lampu, soket dan kipas di rumah sendiri.
In shaa Allah kita boleh sembang dan bagi idea secara percuma. Anda boleh buat pilihan mana yang elok untuk rumah anda.
Untuk rumah baru, anda disarankan meminta kami hasilkan lukisan layout poin lampu, soket dan kipas supaya kita tidak bercanggah fikiran di kemudian hari.
Sekiranya anda berpuashati dengan hasil perbincangan tersebut, kita  boleh teruskan dengan sebut harga.
SEBUTHARGA
– Pendawaian lampu dari RM100.00
– Pendawaian kipas dari RM100.00
– Pendawaian soket plug dari RM120.00
– Pendawaian water heater dari RM150.00
– Pendawaian aircond dari RM160
– Pendawaian doorbell dari RM120 .00
Jika anda sudah ada kuantiti lampu, soket, kipas dan sebagainya, anda boleh terus ambil harga di atas dan kira berapa bajet kasar yang anda perlu  untuk pendawaian baru di rumah anda.
No.KeteranganHargaKuantitiJumlah
1Pendawaian Lampu    100  
2Pendawaian Kipas    100  
3Pendawaian Soket    120  
4Pendawaian W-Heater   150  
5Pendawaian Aircon   150  
6Pendawaian Loceng   120  
 Jumlah Besar   
NOTA
Jenis Pendawaian – PVC Conduit, Permukaan.
Untuk pendawaian jenis PVC terbenam caj tambahan diperlukan bergantung kepada jenis rumah baru atau sediada.
Jumlah kos tambahan ditentukan semasa rundingan akhir dengan anda, in shaa Allah, anda berpuashati dengan harga kami.
LAWATAN TAPAK UTK MULA KERJA
Untuk rumah sediada senang sikit nak finalkan harga, sebab kita nampak apa yg ada di tapak berbanding apa yang anda mahukan. Senang sebab anda boleh bayangkan serta merta.
Rundingan untuk rumah baru bergantung kepada plan layout rumah. Kalau ini anda sediakan, maka mudahlah juga kita nak finalkan sebutharga.
Bagi rumah baru yang tiadk disediakan layout, kami akan buat lakaran berdasarkan keterangan yang anda beri atau bedasarkan rumah yang sedang dibuat.
bagi mengelak  per- balahan di masa akan datang, kami akan beri sebutharga secara formal berserta perincian dalam bill of quantities.
Kerja-kerja di tapak boleh dimulakan dengan persetujuan cara pembayaran.
Bayaran pendahuluan  biasanya dalam 30%.

Pemasangan DB

REKABENTUK PETI AGIHAN/ DB
Biasanya DB untuk rumah bergantung jumlah beban yang diperlukan oleh anda.
Ada dua jenis bekalan masuk daripada TNB:-
– Bekalan 1 Fasa.
Bekalan 1 Fasa biasanya untuk rumah bersais 1200 sqft ke bawah. seperti rumah dua bilik, studio atau rumah kampung dsb.
– Bekalan 3 Fasa.
Bekalan 3 Fasa biasanya untuk rumah banglo bersaiz 2400sqft ke atas, rumah Semi-D dsb.
Kos rekabentuk DB adalah percuma, dengan syarat anda sudah ada maklumat jemlah beban yanag akan disambungkan ke DB tersebut. 
SEBUTHARGA
– Membekal dan memasang DB satu fasa dari RM300.00.
– Membekal dan memasang DB tiga fasa dari RM500.00.
PERSETUJUAN UTK MULA KERJA
Untuk kerja-kerja melibatkan sebutharga pendawaian lampu, soket kuasa dan kipas. Amaun kos untuk pemasangan  DB adalah disenaraikan bersama di dalam BQ lighting & power. Rundingan harga berdasarkan keseluruhan harga yang anda persetujui.
Untuk membekal, memasang dan menguji DB sahaja biasanya kami akan berikan sebutharga secara formal juga.
Kerja-kerja akan bermula setelah cara pembayaran dipersetujui.

Pembumian/ Earthing

REKABENTUK PEMASANGAN PEMBUMIAN.

Ianya sangat bergantung kepada lokasi letaknya rumah anda.

Untuk rumah baru, kami sarankan anda membuat sambungan beberapa pile cap ke chamber pembumian. In shaa Allah bacaan pembumian rumah anda di bawah 10 Ohm.

Bagi rumah sediaada, kami kena periksa pembumian sedia ada. Sekiranya bacaan pembumian di rumah anda ialah 20-Ohm. Kami akan pasang earth Chamber satu ke dua lagi, berjarak 12 kaki di antara satu sama lain. In shaa Allah, bacaan pembumian akan dapat dibaiki sehingga dekat dengan 10 Ohm atau kurang.

SEBUTHARGA

-Membekal dan memasang earth chamber bersama-sama dengan lengkapan 2 batang rod 16mm dia, chamber konkrit dan sambungan ke DB menggunakan kabel minima bersaiz 6mm2.

Dari RM500.00

– Tambahan earth chamber dan sambungan ke chamber berdekatan.

Dari RM350.00

PERSETUJUAN UTK MULA KERJA
Untuk kerja-kerja melibatkan sebutharga pendawaian lampu, soket kuasa dan kipas. Amaun kos untuk pemasangan  pembumian adalah disenaraikan bersama di dalam BQ lighting & power. Rundingan harga berdasarkan keseluruhan harga yang anda persetujui.
Untuk membekal, memasang dan menguji pembumian sahaja biasanya kami akan berikan sebutharga secara formal juga.
Kerja-kerja akan bermula setelah cara pembayaran dipersetujui.

Masuk Meter TNB

PERMOHONAN BEKALAN ELEKTRIK TNB

Kes 1 – Upgrading drp 1 fasa ke 3 fasa.

Permohonan online akan kami lakukan setelah menerima semua dokumen-dokumen yang diperlukan oleh TNB.

Caj untuk permohonan ini bermula dari RM1,000.00

Kes 2 – Bekalan baru 1 fasa.

Permohonan online akan kami lakukan setelah menerima semua dokumen-dokumen yang diperlukan oleh TNB.

Caj untuk permohonan ini bermula dari RM500.00

Kes 3 – Bekalan baru  3 fasa. 

Permohonan online akan kami lakukan setelah menerima semua dokumen-dokumen yang diperlukan oleh TNB.

Caj untuk permohonan ini bermula dari RM1,000.00

Hubungi Kami

+6012 359 1004 - Hj Tom

+6011 1031 1004 - Bro Mus

TOMERUN SERVICES (002886484-W) – PT 23207, Lorong Jalan Utama, Kg. Sg. Merab Hulu, 43000 Kajang, Selangor D.E.