3- Wiring Rumah – Pendawaian Di Atas Siling, Contoh Yang Tidak Baik

Zaman sekarang kebanyakkan pemilik rumah persendirian di bandar mahupun di kampung pentingkan pemasangan pendawaian yang kemas.

Satu ketika dulu, pendawaian permukaan mengunakan kayu baten amat popular. Sekarang penggunaan konduit PVC menjadi pilihan. Samada ditanam di dalam dinding atau pun dipasang di permukaan sahaja.

Bagi pemasangan di atas siling, majority pemasangan permukaan – surface wiring – adalah pilihan kontraktor. Pelanggan tiada alasan untuk rejek sebab, di atas siling hanya ruang kosong sahaja.

Apa yang menjadi dilema ialah setelah sekian lama pemasangan siap dan dah diguna tanpa sebarang masalah, tiba-tiba kerosakkan berlaku. Apa yang mengejutkan pelanggan ialah keadaan di dalam siling seperti foto-foto berikut yang kami ambil untuk makluman beliau yang pastinya tidak pernah dilihatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.