20- Wiring Rumah – Sambungan Pembumian Pita Tembaga Menggunakan Exothermic Welding.

Pembumian sangat penting dalam sistem pendawaian rumah anda. Ianya langkah keselamat yg pertama dan utama.

1- Pita tembaga yg akan dipaterikan perlu dibersihkan terlebih dahulu.

2- Tempatkan pita tembaga pada mould kayu seperti di bawah.

3- Sediakan serbuk bahan api utk proses welding.

4- Masukkan bahan api ke dalam mould kayu.

5- Nyalakan bahan api tersebut.

6- Tanggalkan mould kayu dan biarkan sambungan sejuk.

7- Sambungan pita tembaga siap.

19- Wiring Alarm & CCTV, Tmn Tun Razak Ampang (14.8.2019 – 18.8.2019)

Wiring alarm dan cctv di sini adalah repeat order daripada Icon Future Home.

Pendawaian konduit terbenam atau concealed conduit wiring menggunakan PVC conduit secara menegak di kawasan antara sebelah atas siling hingga ke frame tingkap. Di situ akan dipasangkan vibration sensor .

Pendawian di atas siling memang tidak dapat tidak terpaksa menggunakan pendawaian permukaan. Ianya tersembunyi sebab duduk di atas siling.

Semua kabel terus disambung ke key pad mengikut kedudukan yg sudah dipersetujui sebelumnya dgn owner rumah. Plan layout rumah secara ringkas menunjukkan kedudukan poin-poin sensor, key pad, cctv camera, dvr dll. yang telah dipersetujui oleh pelanggan.

Layout plan di bawah adalah contoh cara kerja yang baik supaya tiada kerja dua kali akibat pertembungan salah faham akibat tiada nota dibuat semasa perbincangan dengan pelanggan.

Kesilapan pendawaian dapat dikurangkan sekiranya koordinasi di tapak memenuhi kehendak anda in shaa Allah.

18 – Wiring Pejabat – Hospital UKM (19.8.2019 – 21.8.2019)

Kerja pendawaian elektrik sangat menarik. Job kami selalu bertukar lokasi dan berhubung dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Klien kami pun bermacam-macam, ada kalanya individu pemik premis, kontraktor pendawaian elektrik yg agak besar juga set up nya atau pembekal peralatan.

Nak masuk site pun agak ketat. Kena tinggal kad pengenalan diri dsb sebagai langkah keselamatan.

Hampir juga sepertiga hari utk persiapan kerja sebelum kerja pendawaia elektrik sebenar bermula.

17- Wiring Pejabat – 3 Langkah Mudah Utk Job di Chow Kit Ini Untuk Panduan Anda. (17.8.2019 – 24.8.2019)

Langkah 1 – Anda layari www.wiringrumah.com utk panduan sebutharga 2019 tersedia untuk digunakan.

Langkah 2 – Anda darabkan poin lampu dan poin soket kuasa dengan kadar harga yg kami tawarkan.

Langkah 3 – Hubungi kami utk proses rundingan dan penetapan tarikh pemasangan.

Pendawaian poin lampu dan poin kuasa menggunakan kondit PVC dan dipasangkan di cable tray sedia ada.

Kerja wiring menjadi mudah kerana siling dan partition belum di pasang.

DB sediada diguna untuk tambahan poin lampu dan poin soket kuasa.

Peringkat pertama wiring di pejabat ini ialah menarik wire drp lokasi berdekatan lampu yang akan dipasang di siling dan poin kuasa di dinding ke DB.

Peringkat ke dua nanti ialah pendawaian ke poin lampu yg sebenar dan ke poin kuasa yg sebenar. Pada masa itu pemasangan siling dan partition sudah bermula.

15 – Wiring Rumah – Door Bell, Apa Pilihan Anda?

Pendawaian elektrik di rumah anda tidak lengkap tanpa pendawaian loceng pintu. APakah pilihan anda, samada memilih yg wireless atau yg wired?

Anda boleh memasang wireless door bell dengan mudah. Semudah 1, 2, 3.

Tapi anda memerlukan pendawai elektrik untuk memasang door chime ni sekiranya anda tak pandai atau malas.

Hasil carian imej untuk door bell

Daripada pengalaman WiriRum, Wired Door Bell masih terbaik. Tentulah disebabkan ianya tahan lama dan tak risau nak ganti bateri. Always connected to TNB supply.

14- Wiring Rumah – Soket Kuasa Siap Dgn Soket USB

Jika anda ke hotel yg baru dibuka, tak kira berapa star anda akan jumpa soket kuasa siap dengan USB poin. Ini adalah tindakan yg patut dipuji kepada pengurusan hotel kerana membuat pendawaian elektrik sebegitu rupa.

Mengapa begitu ya? Ianya menyebabkan anda atau pelanggan yg lain tidak perlu risau jika tertingal charger handphone. Kan?

Anda juga boleh bertindak demikian. Dengan menukar soket kuasa yg sediaada dgn soket yg baru. Tanpa pendawaian elektrik yg baru, cuma tukarkan soket je.

12- Wiring Rumah – Tip Harga Pendawaian Poin Penghawa Dingin

Imej yang berkaitan

Anda memang bijak dalam tawar menawar untuk muktamadkan harga wiring di rumah anda.

Wireman yang anda lantik selalunya meletak harga poin aircon untuk saiz yang paling rendah dan jaraknya tidak jauh daripada DB. Jadi selalulah bersikap terbuka untuk memberi maklumat saiz aircon yang akan anda pasang.

Harga poin aircon yang anda terima hanya untuk penghawa dingin maksima 1hp sahaja. Jika perlukan bantuan untuk tentukan saiz aircon di rumah anda in shaa Allah wireman boleh membantu.

11- Wirirng Rumah – Tip Minta Turunkan Harga Poin Lampu

Boleh ke turunkan harga satu poin lampu misalnya rendah sikit daripada RM100?

Sekiranya kehendak anda poin lampu tu sedikit dan jaraknya dia antara satu sama lain sangat jauh, sudah tentu wireman akan tetap dengan harga begitu. Malahan mungkin wireman akan minta tambahan kos kerana merakan hendak cover kos bahan dan buruh.

Jika jumlah poin lampu sangat banyak dan dekat antara satu sama lain, cublah bincang dengan wireman untuk minta diskaun.

In shaa Allah ada jalannya.