21- Temporary Power Supply in A Large Scale Project

Sepanjang career saya selama 30 tahun lebih di dalam industry, banyak juga yang saya dapat kutip untuk menambah  pengalaman.

Foto di bawah ialah tipikal pemasangan DB sementara bagi penyaluran bekalan elektrik di pembinaan bangunan tinggi. Ianya mungkin terletak di tingkat 10. Tidak semua level di sediakan DB seperti ini. Biasanya ia akan berkhidmat untuk tiga tingkat iaitu 9, 10 dan sebelas.

Kenapa terlalu tidak terurus dan tidak ada ciri-ciri keselamatan di situ? Ya lah, banyak kontraktor daripada pelbagai bidang terlibat pada satu-satu masa. Masing-masing dengan cara tersendiri dan melapor kepada bos-bos kecil atau besar yang berlainan. Nah, beginilah jadinya. Carca merba.

Pasukan jurutera dan penyelia tapak selalu membuat rondaan mengejut dan memastikan kontraktor utama mengemaskini pemasangan DB tersebut. Jadi lah begini kemas.